Monday 25 July 2011

maksud sinografi dan sinografer . . .

 sinografi adalah istilah yang digunakan dalam cabang seni persembahan (khususnya teater) , merangkumi elemen-elemen set dan prop, tatacahaya, tatarias, busana dan efek. Pemerhatian ke atas sinografi adalah melihat bagaimana elemen-elemen ini dijalinkan dengan baik dan memberi kesan kepada perjalanan cerita juga memberi impak kepada khalayak. Di Akademi Seni Kebangsaan dan juga beberapa IPTA lain yang menawarkan bidang Seni Persembahan, modul Sinografi adalah untuk para pelajar yang mahu mendalami bidang-bidang yang disebutkan tadi. Umumnya, sinografi adalah satu nama lain bagi teknologi teater/ seni persembahan. Orang yang menjalankan kerja-kerja ini digelar sinografer.

scenografi :)



ATAU


ini adalah contoh scenografi di mana ia adalah set uttuk persembahan teater atau drama tari . .

DRAMATURGE? jeng jeng jeng . . .

French, from Greek drāmatourgos : drāma, drāmat-drama; see drama +ergonwork; see werg- in Indo-European roots.
Dramaturgy is the art of dramatic composition and the representation of the main elements of drama on the stage. Dramaturgy is a distinct practice separate from play writing and directing, although a single individual may perform any combination of the three. Some dramatists combine writing and dramaturgy when creating a drama. Others work with a specialist, called a dramaturg, to adapt a work for the stage.
Dramaturgy may also be defined, more broadly, as shaping a story into a form that may be acted. Dramaturgy gives the work or the performance a structure.
example :-)“He found his way into dance in 1980, initially as a dramaturge for Pina Bausch, the influential exponent of dance-theater''. 


Friday 15 July 2011

STAGE MALAM GALA KONSERT SIMPLYSITI

KONSERT SIMPLYSITI YANG SUPERB

apa komen anda tentang konsert simplysiti yang telah berlangsung pada 9 julai yang lepas? best atau sebaliknya? kalau best, apa yang best tentang konsert tersebut?? cer cite cer cite. . .
saya nak cerita pasal konsert simplysiti tu banyak perkara yang sangat2 best nak tahu tak ape? ahaa...inilah konsert yang paling superb yang pernah saya sendiri bekerjasama dengan krew dan rakan2 serta  pensyarah uitm sendiri. sangat tidak disangka-sangka sebab konsert itu berjalan dengan jayanya dan semua orang berpuas hati dengan persembahan artis2 yang buat persembahan pada malam itu. bukan hanya Dato Siti tetapi ada artis seperti Aizat, Amy Search dan Ana rafali.!! tergugat tak dengan berita ni?? hehe bukan apa sebab tiket yang dijual sangat2 berbaloi dan murah. bukan senang nak dapat tiket semurah itu  untuk menonton persembahan daripada artis2 terkemuka tanah air ni. . lebih-lebih lagi artis yang sangat legend! Amy Search memang terbaik sekali lah pada malam gala itu, persembahan dia memukau dan membuat dewan itu membara seperti orang menyorak menonton perlawanan bola sepak. . mampu? ha...itu lah yang dikatakan orang lama. .sekali aura dia keluar, terus meletup macam gunung berapi. maksudnya persembahan dia sangat2 terbaik!. tidak kurang artis yang lain juga iaitu Ana Rafali dan Aizat..juga mendapat sambutan penonton . .
Dato Siti yang sangat menawan pada malam itu lagi memukau penonton yang telah lama meminati beliau sejak pembabitan beliau dalam industri seni ini. . .
nak tahu tak persembahan beliau yang menyampaikan lagu bulan yang mesra itulah yang paling best sekali kerana set dan kerusi yang Dato Siti duduk itulah hasil daripada kelas Ct113 buat. ., cucuk sanggul yang para penari pakai juga pun adalah hasil kerja daripada saya sendiri dan rakan2. .cantik tak? hehe. .mestilah cantik . .rugi kalau anda semua tak melihatnya. .lampu yang dipegang oleh para penari juga adalah hasil kerja tangan kelas saya juga. . selepas ini jika anda berminat untuk menempah set cucuk sanggul seperti itu bolehlah tempah ye. .hehe. .tapi ini semua adalah dorongan dan tunjuk ajar daripada sifu saya iaitu Cik Fifi. .:)
aktiviti yang banyak pun ada berlangsung di karnival pada hari tersebut. . pelbagai barang dan gerai yang menjual barangan simplysiti . .saya bekesempatan untuk memakai barangan tersebut dan ianya bagus. .seronok kerana saya berpeluang untuk menjayakan konsert simplysiti ini. .
selain daripada itu ada street dance yang diarahi oleh saya sendiri semasa di luar dewan dan orang ramai terhibur dengan persembahan street dance tersebut. . ada 4 kumpulan dan keempat-empat kumpulan tersebut buat dengan terbaik. .
berbalik pada konsert simplysiti itu, Dato Siti telah menyampaikan lagu-lagu beliau iaitu Destinasi Cinta, Bairlah rahsia, Bulan yang mesra, dan Seindah biasa. .suara beliau yang sangat lunak itu dapat memikat semua penonton yang hadir pada malam tersebut. .secara langsung pula itu. .
penari-penari yang terdiri daripada pelajar teka juga sangat berbakat dan tarian mereka sangat terbaik pada malam tersebut. .konsep yang digunakan juga sangat sesuai sekali. kostum mereka juag sangat terbaik! cantik sekali dan bertema arabian dan melayu. .tanjak yang dihasilkan oleh kumpulan saya sendiri juga sangat cantik dilihat ketika di atas pentas. tahniah kepada semua yang terlibat dan menganjurkan konsert simplysiti ini. .
inilah pengalaman yang saya tidak lupa nanti. . :)

Friday 1 July 2011

KONSERT SIMPLY SITI

seminggu sahaja lagi konsert ini akan berlangsung. rasa debaran semakin memuncak. kehangatn yang akan dibawa khas oleh Dato Siti kita akan dinanti-nantikan oleh semua orang. inilah masanya untuk saya melihat dan dapat berjumpa Dato Siti secara exclusive . .wow . .hebatnya. agak-agak bagaimana respon penonton yang bakal melihat dato Siti tiba di Dewan Agung Tunku Canselor tu ye? Dewan itu besar dan memuatkan 4 ribu orang yang bakal duduk untuk menonton konsert Siti. buat julung kalinya saya sebagai designer tanjak dan sanggul untuk dipakai oleh penari-penari profesional itu nanti. bertuah sungguh rasanya.. . . saya hanya ada masa seminggu sahaja lagi untuk menyiapkan 45 sanggul dan 9 buah tanjak . .hasilnya bakal dilhat apabila penari-penari itu memakai hasil design daripada saya dan kumpulan. memang agak teruja dan sedikit berbangga kerana buat pertama kali hasil ciptaan saya dan kawan-kawan turut membantu Cik Fifi dalam membuat tanjak dan sanggul. 9 julai 2011 tarikh yang mendebarkan kami semua sebagai designer accessories untuk malam Simply Siti. .  .nantikan ok . .