Tuesday 7 June 2011

tanjak ? wowww!!!

siapa tahu apa itu tanjak? angkat tangan! cepat cepat . .hehe
Tanjak, tengkolok atau destar adalah salah satu busana pada bahagian kepala lelaki Melayu yang sering dikaitkan dengan istana, kepahlawanan dan dipakai dalam pelbagai acara adat istiadat bangsa Melayu.
Tanjak pada kebiasaanya akan dipadankan dengan bengkung, sampin dan baju Melayu beserta keris selit bagi pakaian lelaki Melayu.
Tanjak belum lagi dicipta pada zaman sebelum zaman kesultanan Melayu Melaka. Pada zaman itu, hanya sehelai kain digunakan dan diikat di kepala untuk menutup rambut supaya kelihatan kemas.
Ikatan kain ini lama kelamaan berubah dan menjadi semakin cantik mengikut peredaran zaman, diolah dan diubahsuai mengikut taraf seseorang itu.
Orang Melayu Melaka telah menggunakan kebijaksanaan mereka untuk mengubah sehelai kain untuk dipakai sebagai penutup kepala. Tanjak dahulunya merupakan lambang status seseorang.
Hanya yang berada sahaja pada ketika itu mampu memakainya dan tanjak juga merupakan sebahagian pakaian raja atau sultan.
Tanjak raja pada zaman Melaka dibuat dari kain sutera dari China atau India manakala orang kebanyakan menggunakan tanjak dari kain biasa.
Sejarah pemakaian tanjak di Perak pula dikatakan berasal dari sejarah lagenda kedatangan Sultan Muzaffar untuk ditabalkan di negeri Perak.
Mahkota raja yang dipakainya dibuang ke laut kerana perjanjian dengan penjaga laut untuk terus mudik ke negeri Perak. Pakaian kepala kemudiannya direka untuk mengantikan mahkota raja dan dipanggil tengkolok raja.
ha...paham ke tidak???
tapi saya kena design tanjak itu supaya nampak ada unsur unsur arabian, india dan melayu . .tetapi en.fifi kata unsur kemelayuan itu mesti lebih menyerlah supaya ia tidak lari dari konsep. nantikan design tanjak saya ....hehe excited tak?

Monday 6 June 2011

simply siti?? ok ke tidak?? . .

wow, best ye produk terbaru simply siti ni. dah lah siti punya produk mestilah baguskan? hehe.  .tapi saya bukan je nak promote simply siti tapi nak wat design untuk tanjak dan cucuk sanggul. ini kali pertama saya ada peluang nak buat design yang akan dipakai oleh penari itu nanti. best kan?? tapi tu semua kena buat yang terbaik dan perlukan idea yang kreatif. saya dan kumpulan sedang usaha untuk yang terbaik dan tercantik. harap menjadi dan hasilnya mengagumkan. hehehe. . .

scenography? apakah? The art of representing objects in perspective, especially as applied in the design and painting of theatrical scenery. ody cam mai tgok bola. tp from different angle. also jugak melibatkan audio lighting prop,  costume and evrything.
ha... itu lah maksud ye..subjek ni lah yang paling mencabar bagi diri saya sebab saya kena buat design dan meluahkan segala idea da kreativiti saya dalam design yang saya buat nanti. doakan saya yang terbaik ok? sejujurnya saya perlu banyak belajar dari orang yang lebih berilmu. :)

Thursday 2 June 2011

famous

hai..sape lah tak kenal dato siti. mai akan berjumpa dengan dato siti pada bulan june ini. excited sbb 1st time nak bekerjasama dengan mereka untuk menjayakan konsert dato siti di uitm induk. rasa teruja dan kami sekelas perlu kerja keras dalam sesi latihan tarian yang bakal kami join untuk show nanti. insyaaallah. perkara yang paling saya tak lupa nanti saya dan rakan2 sekelas telah mendapat tugasan kelas subjek sinografi untuk membuat sanggul yang berbagai. saya akan cuba yang terbaik dan tercantik lah sanggul itu nanti! doakan kami semua. jangan cemburu dato siti nak buat konsert beliau di uitm nanti. harap anda semua terhibur bila menontonnya kelak. mestilah kan?? hehe

2 june 2011

hi. welcome to my blog. .my name is maisurah sojangi. just call me mai. i'm teka students at uitm puncak perdana. actually i have 3 blogs before this but i forgot the password. now, u will see me here and insyaallah i will update for u guys. sekarang saya bertutur dalam bahasa melayu pula. saya berumur 21 tahun pada june 2011 ini. saya berasal daripada selangor . Saya minat dalam bidang lakonan dan juga bercita-cita untuk menceburi bidang fesyen juga. harapkan doa dan impian saya tercapai pada suatu hari nanti. Saya sangat meminati bidang pengacaraan juga sebagai impian saya yang kedua selain bidang lakonan dan fesyen. i hope u guys menyokong saya untuk saya mencapai impian dalam kehidupan ini. love u all very much . .