Friday 1 July 2011

KONSERT SIMPLY SITI

seminggu sahaja lagi konsert ini akan berlangsung. rasa debaran semakin memuncak. kehangatn yang akan dibawa khas oleh Dato Siti kita akan dinanti-nantikan oleh semua orang. inilah masanya untuk saya melihat dan dapat berjumpa Dato Siti secara exclusive . .wow . .hebatnya. agak-agak bagaimana respon penonton yang bakal melihat dato Siti tiba di Dewan Agung Tunku Canselor tu ye? Dewan itu besar dan memuatkan 4 ribu orang yang bakal duduk untuk menonton konsert Siti. buat julung kalinya saya sebagai designer tanjak dan sanggul untuk dipakai oleh penari-penari profesional itu nanti. bertuah sungguh rasanya.. . . saya hanya ada masa seminggu sahaja lagi untuk menyiapkan 45 sanggul dan 9 buah tanjak . .hasilnya bakal dilhat apabila penari-penari itu memakai hasil design daripada saya dan kumpulan. memang agak teruja dan sedikit berbangga kerana buat pertama kali hasil ciptaan saya dan kawan-kawan turut membantu Cik Fifi dalam membuat tanjak dan sanggul. 9 julai 2011 tarikh yang mendebarkan kami semua sebagai designer accessories untuk malam Simply Siti. .  .nantikan ok . .

No comments:

Post a Comment