Friday 15 July 2011

KONSERT SIMPLYSITI YANG SUPERB

apa komen anda tentang konsert simplysiti yang telah berlangsung pada 9 julai yang lepas? best atau sebaliknya? kalau best, apa yang best tentang konsert tersebut?? cer cite cer cite. . .
saya nak cerita pasal konsert simplysiti tu banyak perkara yang sangat2 best nak tahu tak ape? ahaa...inilah konsert yang paling superb yang pernah saya sendiri bekerjasama dengan krew dan rakan2 serta  pensyarah uitm sendiri. sangat tidak disangka-sangka sebab konsert itu berjalan dengan jayanya dan semua orang berpuas hati dengan persembahan artis2 yang buat persembahan pada malam itu. bukan hanya Dato Siti tetapi ada artis seperti Aizat, Amy Search dan Ana rafali.!! tergugat tak dengan berita ni?? hehe bukan apa sebab tiket yang dijual sangat2 berbaloi dan murah. bukan senang nak dapat tiket semurah itu  untuk menonton persembahan daripada artis2 terkemuka tanah air ni. . lebih-lebih lagi artis yang sangat legend! Amy Search memang terbaik sekali lah pada malam gala itu, persembahan dia memukau dan membuat dewan itu membara seperti orang menyorak menonton perlawanan bola sepak. . mampu? ha...itu lah yang dikatakan orang lama. .sekali aura dia keluar, terus meletup macam gunung berapi. maksudnya persembahan dia sangat2 terbaik!. tidak kurang artis yang lain juga iaitu Ana Rafali dan Aizat..juga mendapat sambutan penonton . .
Dato Siti yang sangat menawan pada malam itu lagi memukau penonton yang telah lama meminati beliau sejak pembabitan beliau dalam industri seni ini. . .
nak tahu tak persembahan beliau yang menyampaikan lagu bulan yang mesra itulah yang paling best sekali kerana set dan kerusi yang Dato Siti duduk itulah hasil daripada kelas Ct113 buat. ., cucuk sanggul yang para penari pakai juga pun adalah hasil kerja daripada saya sendiri dan rakan2. .cantik tak? hehe. .mestilah cantik . .rugi kalau anda semua tak melihatnya. .lampu yang dipegang oleh para penari juga adalah hasil kerja tangan kelas saya juga. . selepas ini jika anda berminat untuk menempah set cucuk sanggul seperti itu bolehlah tempah ye. .hehe. .tapi ini semua adalah dorongan dan tunjuk ajar daripada sifu saya iaitu Cik Fifi. .:)
aktiviti yang banyak pun ada berlangsung di karnival pada hari tersebut. . pelbagai barang dan gerai yang menjual barangan simplysiti . .saya bekesempatan untuk memakai barangan tersebut dan ianya bagus. .seronok kerana saya berpeluang untuk menjayakan konsert simplysiti ini. .
selain daripada itu ada street dance yang diarahi oleh saya sendiri semasa di luar dewan dan orang ramai terhibur dengan persembahan street dance tersebut. . ada 4 kumpulan dan keempat-empat kumpulan tersebut buat dengan terbaik. .
berbalik pada konsert simplysiti itu, Dato Siti telah menyampaikan lagu-lagu beliau iaitu Destinasi Cinta, Bairlah rahsia, Bulan yang mesra, dan Seindah biasa. .suara beliau yang sangat lunak itu dapat memikat semua penonton yang hadir pada malam tersebut. .secara langsung pula itu. .
penari-penari yang terdiri daripada pelajar teka juga sangat berbakat dan tarian mereka sangat terbaik pada malam tersebut. .konsep yang digunakan juga sangat sesuai sekali. kostum mereka juag sangat terbaik! cantik sekali dan bertema arabian dan melayu. .tanjak yang dihasilkan oleh kumpulan saya sendiri juga sangat cantik dilihat ketika di atas pentas. tahniah kepada semua yang terlibat dan menganjurkan konsert simplysiti ini. .
inilah pengalaman yang saya tidak lupa nanti. . :)

No comments:

Post a Comment